3.2 PERSURATAN

 3.2 PERSURATAN

(sila tekan)

Tradisi lisan lahir berdasarkan alam sekeliling. Tema utama tradisi lisan ini bertemakan asal-usul, binatang, nasihat, seloka, teladan dan adat. Persuratan merupakan antara bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah dalam bentuk batu bersurat.


1. Kerajaan Funan

  Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yang bertarikh abad ke-2.

 2. Kerajaan Srivijaya

 Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ke-7.

 3. Kerajaan Angkor

  Kegiatan persuratan masyarakat Angkor dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja yang mengisahkan pemerintahan Jayavarman II.

4. Kerajaan Champa

• Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M.

• Di Champa juga ditemukan sebanyak 206 buah batu bersurat. Karya sastera yang masyhur ialah Akayet Inra Patra dan Akayet Deva Mano.

 5. Kerajaan Majapahit

• Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang ditulis dalam bahasa Jawa Kuno bertulisan kawi.

6. Kerajaan Kedah Tua

• Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Kedah Tua dibuktikan dengan penemuan batu bersurat. Antaranya termasuklah di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad ke-5.

• Ditemukan juga inskripsi yang ditulis di atas pinggan tanah liat, kepingan emas dan kepingan perak.


Batu bersurat Karang Brahi
                                                        


Comments